Sunday, June 2, 2013

playboy itu suami aku-suri ryana

                                                
                                                           ini cover novel

Baru baca buku ni dua hari lepas dan memang superb. Ingat nak lepak-lepak dulu, baca buku ini sikit-sikit. Tapi tak berjaya jugak sebab habiskan jugak dalam sehari sebab lepas pegang terus tak boleh lepas. No wonderlah buku ni no 1 dalam carta Bestseller novel sekarang. Memang best dan memang berbaloi. Jalan cerita dia simple and sangat sweeettt.. macam dua novel Kak Suri sebelum ni.

ni sinopsis rekaan ku okeyh.


mengisahkan seorang gadis sederhana yang bernama Afina Aulia yang ada kembar Afisya Aulia. perwatakan mereka amat berbeza dimana Fina sangatlah sederhana dengan t-shirt lengah panjang, jeans dan tudung, taat perintah agama, simple dan tak sosial, cemerlang dalam pelajaran. Tapi Fisya sebaliknya, cantik, pandai bergaya, seksi, dan sangat sosial, pelajar bermasalah.
Fina bertemu King si buaya darat( Fina gelar dia King of Crocodile sebab playboy sangat) kali pertama dekat kedai bunga kak ani yang dia kerja sementara nak dapat kerja tetap selepas habis degree. Dia tak suka sangat King dan pernah tampar King. King nama betul dia Raja Adrian Benjamin. Handsome, kaya dan taste die mesti seksi dan lawa. kiranya Fina ni tak termasuk dalam list gadis pilihan dialah. Fina kahwin dengan King sebab mummy King berkenan dengan Fina dan mahu Fina ubah King. King terpaksa kahwin sebab tak nak hilang jawatan CEO. Fina rela hati kahwin dengan King selepas satu peristiwa yang dia seorang saja yang tahu yang menyebabkan dia mencintai suaminya dalam diam. Namun dia hilang ingatan sebab kemalangan dan bangun-bangun dia terkejut dia dah kahwin dan dia tak suka sangat husband dia dan kebetulan King pun layan dia dengan buruk. Apa yang jadi lepas tu? kena baca la.. Grab the book cepat-cepat. tak rugi dan berbaloi.

p/s: tak habis lagi senyum teringat King. Hadoila... ssswwweeeeetttt lah sangat. nak Hubby cam King satu bolei??? hikhik

cur-curi cinta - siti rosmizah

Assalamualaikum semua..

Hope hari ini lebih indah dari hari semalam dan hari esok lagi baik dari hari ini. Amin.

Okey nak cerita siki pasal buku curi-curi cinta ni. Saya peminat kak Siti Rosmizah. huhu. sangat okeyh. Suka gaya tulisan die. Kalau nak dibandingkan dengan novel dia yang sebelum-sebelum nih. yang ni tak la da boom sangat. Tak cukup kuat nak buat air mata meleleh-leleh cam novel pertama dan ketiga beliau. Due-due novel tu kalau baca tak nages memang hati kering lah manusia tu.. hihik.. suka-suka hati je kan nak kata kat orang. tapi still novel ni ada kekuatannya sendiri. ceritanya amat dekat dengan realiti. walaupun mungkin akan ada yang cakap cerita ni macam klise sikit. It's depends on individual view. 

Enough merapu-rapan segala.

cerita ni mengisahkan tentang seorang gadis bernama Intan Raihana yang ada seorang abang yang tempang dan seorang ibu yang buta. Dia malu dengan keaadaan family dia dan dari kecil sampai zaman uni, dia mengaku dia anak orang kaya dekat kawan-kawan dia. Selepas dia balik dari luar negara dia terjumpa dengan Daniel sepupu kepada rakan serumahnya di luar negara, Peggy. Daniela ni handsome dan sangat kaya. Intan ni pulak dari dulu memang target nak kahwin dengan orang kaya sebab die serik dan benci hidup susah. Intan buat macam-macam cara nak goda Daniel. tapi Daniel ni kebal sebab perempuan gedik dan kaki kikis macam Intan bukan taste dia. Dia suka yang simple, sederhana, bertudung dan lembut macam sepupu Intan iaitu Fariza. Kerana geram Daniel tak layan godaan die, Die try guna cara kotor untuk perangkap Daniel kahwin dengan die. Tapi apa yang dirancang jadi sebaliknya dia dan Daniel pulak yang diperangkap. Akhirnya diaorang kahwin tapi Daniel layan Intan dengan sangat teruk. Dia bawak Intan hidup susah dengan kereta buruk dan rumah ala setinggan dsebab nak cuba ubah Intan. Nak tahu apa yang jadi seterusnya? Dapatkanlah novel ini dipasaran..

p/s: buku ini amat tebal okeyh.. memang lenguh tangan baca sambil baring. tapi puas hati sebab lama sikit bacanya. biasanya novel kan nipis. saya ni jenis suka baca novel tebal-tebal. puas baca..huhu.. ada part yang macam slow sikit. So, skip skip jugaklah coz nak cepat habis. dapatlah jugak habiskan dalam satu hari. 

Mencari Dahan Berpaut..


            Bangun dari lenaku setelah subuh. Jam di telefon bimbit ku kerling. Nombor digitalnya memaparkan angka dua empat puluh lapan petang. Namun aku tiada rasa ingin bangun dan bangkit dari pembaringanku. Aku terus baring menghadap siling putih yang sudah sedikit kekuningan mengambarkan sudah lama tidak dicat baru. Hariku terasa kosong seperti hari sebelumnya. Kosong tanpa arah tujuan. Kosong tanpa matlamat hidup. Semangat yang aku punya dulu sudah lama tiada. Aku sudah tidak tahu apa yang aku inginkan dalam hidup. Aku cuba bangkitkan persoalan dalam diri yang amat kosong jiwanya ini, aku hidup untuk siapa. Aku hidup kerana apa dan kenapa aku hidup. Satu keluhan berat aku lepaskan seberat bebanan yang ada dijiwaku kala ini. Aku cuba merungkai kegelisahan jiwa yang melandaku saat ini. Masih gagal kerana hati ini masih tidak kuat. Ya jiwaku juga begitu. Aku bagai seorang anak kecil yang berjalan dalam lautan manusia yang sibuk mengejar matlamat dan tujuan hidup. Aku pula tiada itu semua. Aku bukan bermula kosong begini kerana aku juga punya harapan dan impian dahulu. Tapi kini sudah tidak seperti dahulu. Aku sudah tidak punya apa-apa sebab lagi untuk terus mengejar impian aku seperi dahulu. Kini ak manusia tanpaa impian dan tempat berpaut. Bagai pokok tiada akar bagai sungai tanpa dasar. Hidup namun tiada asasnya. Sekali angin datang, rebah menyembah bumi. Andai aku ada akar, pasti akan tumbuh kembali tunas yang baru. Kembali kuat menghadapi cabaran dan rintangan angin yang mendatang. Namun tanpa akar, aku masih disini menyembah bumi menunggu masa mereput. Begitu lemah tanpa sokongan. Nampak kuat, namun rapuh didalamnya. Nampak normal, namun sentiasa menangis dalam hati. Begitu seksa hidup tanpa sokongan. Aku tunjuk kuat kerana tiada seseorang pernah berkata kepadaku, “ Jangan terlalu banyak menangis, orang tak kesian pun tengok kau jatuh deorang tak simpati pun, diaorang bertepuk tangan adalah. Dalam hidup ni,  siapa yang Berjaya akan disanjung kalau yang tak tu orang tak pandang pun.” Benar itulah lumrah hidup sesiapa yang berjaya akan berada diatas, yang lemah dan tidak begitu menyerlah akan seperti ku berada dibawah. Terpaksa bersifat pentingkan diri jika mahu berjaya. Orang yang ada selalu mahu menajtuhkan kita. Siapa yang baik sebenarnya tidak diketahui. Ada, yang benar-benar baik. Namun amat sukar didapati. Akhirnya tinggal kesorangan meratapi kesedihan, kesorangan untuk menghadapi badai kehidupan. Begitulah hidup. Dulu, hari ini, semalam, dan akan datang, masih aku disini, mencari dahan aku berpaut, untuk bersama aku, membimbing aku, bersama melalui getir kejamnya kehidupan. Ya Allah, aku selalu lalai terhadapMu, namun aku tahu Kau tidak pernah meninggalkanku. Di saat aku lemah dan sudah tidak berdaya lagi menempuh hidup ini. Kau sentiasa ada, menjaga aku dalam diam. Masih menghadirkan rezeki buatku, masih member udara untukku bernafas, masih memberi hari esok untukku jalani. Walau perit dan susah sekalipun kau tidak pernah meninggalkanku. Hanya aku, hanya aku yang lalai. Masih berdegil enggan berpaut padaMu. Itulah aku, hambaMu yang hina dina, yang amat tidak layak dengan kasih sayangMu. Itulah aku, hamba yang sombong denganMu, sombong mah berpaut padaMu, masih mencari dahan berpaut yang lain, walau tanpa sedar selama ini aku sudah berpaut padaMu. Masih ada disini dengan belas ihsan dan kasih sayangmu. Malu aku Ya Allah. Sungguh aku malu padamu. Tempat berpaut yang selama ini kucari rupanya ada disisiku. Tidak pernah sekalipun meninggalkan ku. Hanya aku yang buta untuk melihatnya. Kerana aku lupa mengunakan mata hati yang selama ini aku biarkan kosong.



p/s :  I must be crazy tulis menda merapu nih. tapi dah bertaun tak hupdate pape.. rasa macam bukan setakat berhabuk tapi dah bersawang lawang nih.. rasanya kalau masuk nih tak jumpe jalan keluar nih. teruk sangat gayanya.. hikhik. A reminder to me  yang hidup tunggang langang due tiga menjak nih. Grrr.. hope akan sentiasa kuat, kuat n kuat mengahadapi hidup. lalalala..

Wednesday, September 21, 2011

hajat yag belum tertunai..:(

baiklah Yg pertama . nak tengok hanyu bonceng.



okieh, yang kedua, nak tengok cerita ombak rindu, ince gilakan novelnya, nak tengokjugak kan filem nya best or tak.


wish list yang ketiga, nak beli novel terbaru Siti Nur Dhuha, sambungan kepada novel Akhir Sebuah Cinta, iaitu Hingga Ke Akhirnya.



yang ketiga, nak beli kasut baru, ala-ala kasut gladiator, lamadah nak, tapi sampai sekarang tak dapat lagi. Duit  tak ada lagi. Duit yang ada sekarang beli buku jela jawabnyakan. :)



wish list yang seterusnya, semoga mendapat keahagiaan selalu, dimurahkan rezeki, dan sentiasa disenangi orang sekeliling.:))) ... JODOH??? entahla.. Lambat lagi.. huhu

Tuesday, September 20, 2011

Bisik-bisik gelora - Fauziah Ashaari

Salam... baru beli novel ni dan dahhabis baca dah pun. Sebab, beli je terus Excited nak baca. Keluar je dari pintu MPH kat SACC mall tu, terus bukak plastik yang membalut buku tu sambil-sambil tu mata merayap cari mana-mana bangku yang tak diduduki oleh manusia. Bila dah jumpa, apa lagi bersila kat situ juga dan mulalah membaca. Mula-mula baca, macam bosan sikit, tapi still baca, satu muka surat ke muka surat berikutnya.. ok agak best. Baca dan baca lagi, makin seronok. Sedih, happy, menangis dan ketawa bersama buku ni.kredit to the writer. Memang best dan rasa berbaloi duit yang keluar untuk beli novel ni. :):) okieh, kat bawah ni gamba buku ini... sangat cantek cover nya...:))



sinopsis cerita ni...

Banin Arumi atau Umi adalah gadis nakal dan lincah. Bapanya, Tuan Akalil menghantar dia ke kampung agar anaknya itu akan berubah tingkah laku kerana kampung mentuanya jauh daripada kota.

Di kampung, Arumi telah bertemu dengan Jad Izzuddin, seorang pemuda yang alim di hadapan keluarga namun am...at nakal di belakang mereka. Suatu hari tanpa diduga, Arumi dan Jad telah bertemu. Pertemuan itu telah menyatukan mereka ke alam perkahwinan.

Namun di hari pernikahan mereka, Arumi mendapat berita yang kedua-dua ibu bapanya menemui ajal dalam satu kemalangan jalan raya. Arumi mula benci pada Jad yang dianggapnya punca semua malapetaka ini berlaku.

Takdir ALLAH, pada hari yang sama, suami yang baru dinikahi ditangkap oleh pihak berkuasa dan disumbat ke dalam penjara. Apakah yang terjadi pada Arumi? Bagaimana pula dengan Jad?



okeylah.. Enjoy semua.. semoga hari anda dilimpahi allah dengan rahmat dan kebahagiaan tidak ternilai..:)

Sunday, May 15, 2011

selamat hari guru...^_^.. saje wish awl...

salam...
lama da tak jenguk blog ni.. da berhabuk??? sikit- sikit la. Tiba-tiba teringat, apa ekh sebab aku start menulis kat blog ni. Engat- engat balik.. rupenye sebab tyme tu ramai sangat kawan yang berblogging( betul ker?? macam salah jek perkataan ni.. hikhik.. abaikan :P), pastu saje jela gatal-gatal nak try jugak.. tapi macam x berapa aktif la nak menulis.. yela.. x tau nak tulis pasal apa kan.. last-last blog ni jadi tempat untuk luahkan perasaan jela.. syiok jugak.. yela.. x ramai pun yang tau kewujudan blog ni pun..okieh.. stop setakat itu mengarut,,hikhik.. :)..

okieh.. disini saya ingin mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru yang ada kat bumi allah ni.. tapi teristimewa untuk ibu n ayah saya yang juga dua-dua guru..(ececeh.. da macam ucapan hari raya la pulak..huhuk..) guru-guru yang pernah mendidik saya dari sekolah rendah, sekolah menengah, matrik, asasi, dan semua pensyarah2 dekat uitm.. semoga anda semua dimurahi dengan rezeki yang melimpah ruah dari allah, sentiasa diberkati dan diberkati allah sepanjang hidup, dikurniakan anak2 yang soleh dan solehah dan kepada yang sudah pergi semoga allah tempatkan mereka di syuga bersama para nabi dan para syuhada amin.. wahai guru-guru ku terima kasih ang tidak terhingga aku ucapkan kerana telah mendidik ku sehingga aku menjadi insan seperti hari ini.. bimbingan dan tunjuk ajarmu amat kuhargai, segala jerih payahmu mengajarku dari tidak mengenal satu huruf kepada mengenal erti kehidupan.. guru.. terima kasih.. terima kasih atas segalanya.. doa restu darimu ku pohon untuk keberkatan hidupku.. semoga dengan doa retu kalian aku akan menjadi insan yang berguna di dunia dan akhirat.. amin..

okieh.. abis sedey2. nak dedicate lagu ni untuk semua guru...
p/s: enjoy..ngeee ^_^

lilin seorang guru
Album : Impian Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


Pernah langkah ku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arah ku keliru
Ke timur atau ke barat

Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti

Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan

Ohoo… aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan, beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasih-Mu
Ampunkanlah guru-guruku

Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini