Saturday, February 28, 2009

sekadar cerita hasil nukilanku

“Wei,apasal ko duduk sini. Ni tempat aku la. Ko blah leh tak?” tetapi teguran kasarku lansung tak dipedulikan oleh mamat yang pada pandangan mataku kemas dan segak.
Dia terus khushuk menghadap buku yang tebal yang aku sendiri tidak begitu pasti buku apa. Kesabaran aku begitu diuji oleh sifat lansung tidak peduli yang ditunjuknya. “Weh ,ko pekak ke bengap? Tak reti bahasa ke aku cakap ni tempat aku.
Kalau ko nak duduk ,duduk lah tempat lain aku ngan geng aku dah dua tahun duduk sini,
Ko budak baru jangan nak tunjuk lagak. Baik blah sebelum lebam biji mata ko aku
tumbuk.”Pemuda tersebut berpaling dan melemparkan sebuah senyuman sinis kepadaku.
“Huh ada telinga rupanya ingatkan pekak.”aku hanya meluahkan ketidakpuasan hatiku di
dalam hati. “Saudara. Opss … Maaf saudari, setahu saya dikerusi ini tidak tertulis
apa-apa nama. Bagaimana saudari boleh mengatakan ini kerusi saudari. Maaf saudari,
mulai hari ini saya dan geng saya akan duduk disini memandangkan geng saya tak datang
saudari boleh duduk disini dulu.Itupun kalau saudari tak malu.”Pada masa itu aku sendiri
pun tak tahu betapa merahnya muka aku tapi yang pasti rasa dendam di hati aku makin
membara .Tak pe kau nak main kasar ye. Nanti kau belum kenal lagi Jo. Kalau aku kalah
ngan mamat baru ni.Malu aku beb. Kau tak kenal siapa aku lagi Jap ape aku nak buat ngan mamat ni ye. Tak pe kali ni ko menang tapi ada lori banyak bas, ari ni ari ko ,ari esok aku balas. Tersentak aku dari lamunan kala Zakiah atau lebih mesra dengan panggilan Zack menyiku lenganku. “Weh,nak buat apa ni. Ko macam nak mengaku kalah je.” Aku hanya melemparkan sebuah senyuman kearah Zack.Aku memandang Zack dari atas ke bawah sambil ketawa kecil. “ Ei, ko gila apa pandang aku cam tu.seganas mana pun aku bukan lesbian tau.” Aku mengetuk kepala Zack. “ Apasal bodoh sangat ko ni. Ko ingat aku ni tak tahu hukum-hakam ke?Aku tengok ko ni boleh tahan cun.Aku ada plan dia tak perasan lagi ko sebab ko duduk belakang.Mamat tu cuma perasan aku ngan Mimi.Jadi aku baru dapat idea tadi.Apakata ko goda mamat tu. Ko goda dia sampai dia betul –betul cintakan ko tapi ko Jangan la pulak jatuh hati kat dia. Aku akan bagi arahan selanjutnya bila ko dah berjaya. Jumpa di tempat biasa ok.Aku ngan Mimi nak makan tempat lain tengok muka mamat tu
Hilang selera aku.Good luck Zack.” Zack tersenyum padaku. “Baik betul rancangan ko,
Senakal –nakal kita aku rasa inilah rancangan paling jahat pernah kita rancang.Tapi
Inikan kepakaran aku.Jangan bimbang,perkara kecik je Jo.Nanti dah berjaya aku call
Ko.Kalau aku buruk-burukkan korang sket tak pe kan .Sebab aku takut mamat tu tak
Percaya.” “Lepak la Zack perkara kecik je tu janji plan kita berjaya yang lain tolak tepi.
Keylah,kitaorang pergi dulu.Adios.” “Adios.”

# # # # # # # #

Zack menyusun langkah penuh menggoda kearah mamat yang baru bertengkar dengan
Jo lebih kurang 2 jam yang lalu. Tak berambus lagi mamat ni baguslah mudah kerja aku.
Detik hati kecil Zack. “ Hi, saudara boleh saya duduk sini.” Pemuda tersebut memandang
Kearah Zack sambil tersenyum.Wau! jerit Zack di dalam hati.Astagfirullah .Sabar Zack
Ko dalam mission jangan tergoda. “ Duduklah tempat dekat kafetaria ni bukan untuk saya
Seorang semua orang boleh duduk.” Zack membalas senyuman pemuda tersebut sambil Mengucapkan terima kasih . “Saudara ni pelajar baru ke.Sebab dah dua tahun disini baru
Pertama kali saya bersua dengan saudara.” “Begitulah kiranya.Actually saya baru balik
Dari London .Saya baru habiskan ijazah sarjana muda dalam bidang pentadbiran
Perniagaan di Universiti of London.” Zack tersenyum. “ Ooo… kira you ni nak sambung
Peringkat ijazah dekat sini lah ye? Kenapa balik ? Kenapa tak sambung je dekat sana?
I rasa dekat London lagi best apalah yang ada dekat Malaysia ni.I kalau ada peluang
Belajar dekat luar negara I tak mungkin akan lepaskan rasanya I tak balik dah ke
Malaysia”.Tergelak pemuda tersebut mendengar celoteh yang keluar sebentar tadi
Dari mulut Zack. “Kenapa you gelak?” “Saja . You ni kelakar tak macam budak
Perempuan yang tegur I tadi angin semacam. You kenal budak tu.?” Aduh habis la aku
Macam mana aku nak jawab ni kalau Jo marah aku camne. Ah..tawakal jelah. “Oh…
Maksud you Jo?Dia tu baik sebenarnya. Tapi ganas sikit.Kenapa you berminat dekat dia
Ke?” Pemuda itu hanya tersenyum. “ Tak de lah , cuma I rasa cantik jugak dia tu kenapa
Dia ganas sangat . Apa nama sebenar dia? Kenapa panggil dia Jo?” Aduh ! mamat ni
Banyak Tanya la pulak puas la aku kena goreng ngan Jo lepas ni. “Ermm…Sebenarnya
Nama dia I tau la tapi sebabnya I tak tau la pulak.Nama dia kalau tak silap I lah Joanna
Nadiatul Fahisya Murad.Eh yang you ni asyik tanya pasal dia ni apasal?Nama you pon
You tak bagitau dari tadi.” “ Nape ni you jealous ye?I saje je tanya pasal dia nape tak
Leh ke? Sorilah seronok borak ngan you.You pon tak tanya awal-awal.Nama I Mohd
Kamal Fahim.You panggil je Fahim”.Pemuda itu sekali lagi tersenyum kearah Zack.
“Aduh , klau camni dia senyum kat aku hari-hari.Abis la runtuh iman aku..Zack sabar
Zack.”. Zack hanya mampu mengeluh di dalam hati. “Hei, you tak perkenalkan diri pon.
Sori lah munkin salah I asyik tanya pasal Jo sampai you lupa nak perkenalkan diri.”Zack
Tersenyum mendengar kemaafan yang dipinta oleh Fahim. “Tahu tak pe. Ini tak ,nak
Buat aku kena bantai ngan lagi.” Getus hati Zack menyatakan ketidak puasan hatinya
“Tak pe you tak salah apa-apa,cuma I yang asyik berangan sampai lupa nak bagitau
nama.K lah ,nama I Zakiah Amani.But I lebih selesa you panggil I Zack.” “Wah,
perempuan kat sini panggilan pun macam orang barat.I yang dah lama duduk
overseas pun masih bangga nak gunakan panggilan melayu.Sorry I tak berniat nak
kutuk nama panggilan you .Tapi bukankah lebih manis kalau I panggil you Amani.
Lebih feminine dan manis.Itu pun kalau you tak kisah.” ‘Lah banyak songeh betulla
jantan ni.’ “Mmm… Sweet jugak panggilan tu.Ikut suka you lah nak panggil I apa.”
“Ok lah , dah pukul 3.00. I dah janji dengan mama nak teman kan dia shopping.Bye.
Nice to met you.Tapi sorrytak dapat temankan you lama-lama.” “Nice to met you too.
Bye..”,Zack menghantar pemuda yang bernama Fahim itu dengan ekor matanya.Zack
Tidak sampai hati hendak melaksanakan rancangan Jo.Pemuda yang baru dikenalinya
Itu sungguh baik.tapi dalam masa yang sama dia tidak sanggup melukakan hati Jo
Yang banyak membantunya tidak kira waktu susah atau senang. “Woi! Amboi Zack
Termenung jauh nampak Dah jatuh angau eh.Silap hari bulan bukan dia yang jatuh cinta
Kat ko ko plak yang tergila – gila kan dia.” “Eh , ko ke Jo terperanjat aku.Ko ni kalau
Cakap. Tak der insuran main ikut sedap mulut jer.Aku tengah fakir macam mana nak
Kenakan mamat tu.Oh ya.dia ada tanya nama ko and macam-macam lagila pasal ko.
Tapi aku Cuma cakap nama ko.Pasal lain aku tak citerla beb.” Zack perasan riak muka
Jo yang mulai berubah. “Woit ko cakap ke nama aku.Aduh ko kan tau aku x suka orang
Tau nama aku.” Zack mula kecut perut melihat Jo yang mulai naik angin. “ Sorry Jo,Tapi aku taknak dia syak aku cuba mempermainkan dia.Maaf k” Jo memandang Zack .
“K la,aku tak patut marah ko.Kau tak salah pape pon aku yang marah melulu maafkan aku.”.“K la geng. Aku bla dulu.Aku da janji ngan ma aku nak balik awal Adios.” “Adios”, jawab Zack dan Mimi hampir serentak.

# # # # #


Joanna Nadiatul Fahisya.Sedap nama tu.Secantik dan seayu wajahnya.Tapi kenapa kenapa begitu ganas sehingga menutup keayuan yang tersimpan. Alangkah manis jika
baju kurung menutupi batang tubuhnya dan tudung menutupi rambut pendeknya yang
dipotong ala jejeka jepun. Kacak jugak.tapi kalau rambut hitam keperangan itu dibiarkan
panjang mengurai melepasi bahu lebih cantik dan mungkin manis. Kalau di lindungi
tudung lebih baik. T-shirt puma longgarnya dan jeans potongan straight cut yang
dipakainya diganti dengan blouse dan skirt labuh lebih anggun sesuai dengan tubuh
lansing tiggi lampai yang dilindunginya. Kenapa? Kenapa agaknya gadis manis itu
berlagak seperti lelaki. Tidak cukup kasih – sayang kah dia. Atau sekadar suka-suka.
Joanna…Joanna ..Argg.. kenapa hanya namamu dan wajahmu yang kunjung tiba.
Fahim..Stop thinking about her.Oh no..It that mean I in love???Oh god please not now.
And why her..But why not. She’s not so bad just a bid brutal. It’s ok. Much
challenging for me. Tunggulah Joanna jiwa kerasmu akan ku lembutkan.
Ma..Boy akan bawakkan menantu yang mama idam kan selama ini
Untuk menhiasi ‘Teratak Kasih’ kita.

# # # # # #


“Fisha,why are you late?Panas dah buntut umi tunggu tau.” Joanna menghampiri
wanita yang menggelarkan dirinya umi itu seraya mencium pipi gebu wanita separuh
abad yang masih anggun bergaya. “Ala mi sorryla, tadi ada problem skit kat kafetaria.
Entah budak baru mana yang cari pasalnya Fisha tadi. Geram tau umi, dia kutuk anak
manja umi ni tau tak.” Datin Maisarah hanya tersenyum mendengar ocehan manja anak
perempuan tunggalnya. Dialah intan dan dialah permata bagi pasangan Datuk Murad dan
Datin Maisarah. Zahirnya Fahisya memang seperti anak gadis yang lain tetapi cuma dia agak lasak dan agresif. Dia lebih banyak dipengaruhi oleh abang sulungnya yang amat
menggilai sukan lasak seperti rock-climbing,absailing dan macam-macam lagi aktiviti lasak. Sudah berbuih mulutnya membebel mengenai hobi anak gadisnya itu. Namun setiap kali itu juga bebelannya lansung tidak dipedulikan. Malah anaknya yang sulung kerap membela adik kesayangannya itu.“Mi apa ni senyum sorang-sorang ni.Kita penat bercerita dia pulak boleh termenung. Umi memang tak sayang Fisha”,Datin Maisarah hanya tergelak kecil melihat telatah anak bongsunya itu. “Dalam ganasnya dia ada jugak manjanya” ,Detik hati ibu milik Datin Maisarah. Datin Maisarah mengusap lembut rambut anaknya yang terlentok manja di bahunya. “Fisha, umi ingat nak shopping la sayang. Fisha teman umi boleh tak?”, Datin Maisarah bertanya lembut sambil menunggu reaksi anak manjanya itu. Fahisya berpura-pura tidak mendengar ajakan uminya. Datin Maisarah menjunkitkan bahunya sebagai tanda ingin mendengar jawapan anak gadisnya itu. Namun tiada reaksi dari Fahisya. “Fisha…Fisha dengar tak umi Tanya tadi?” Fahisha mengangkat kepalanya dari bahu uminya. Dia memandang uminya dan melemparkan senyuman buat ibunya yang sudah berkerut dahi menunggu jawapan darinya. “Fisha dengarlah umi. Tapi umi, Kalau fisha tak teman kan umi boleh tak? Umi ajaklah Mak Yam. Umi dah lama tak ajak Mak Yam shopping kan? Haa.. Fisha baru ingat.. Hari ni papa tak busy kan? Umi ajaklah papa.” Datin Maisarah sudah mengagak reaksi sebegitu dari anak manjanya itu. Bukan dia tidak tahu anaknya yang seorang ini begitu liat jika diajak bershopping. Ada sahaja alasan dan dalih yang diberinya. “Tak kira, hari ni umi nak Fisha temankan umi. Jangan nak bagi macam-macam alasan.” Fahisha terkejut apabila ibunya berkeras supaya dia mengikuti ibunya. Selama ini jika dia menolak ibunya hanya mediamkan diri. Namun hatinya masih berkeras tidak mahu mengikuti ibunya. Dia sudah berjanji dengan abangnya untuk membeli alatan untuk berkhemah hujung minggu ini. “Tapi mi.. Fisha dah janji nak keluar ngan along.” Datin Maisarah tetap bertegas agar anak gadisnya itu menemaninya membeli-belah. “Tak ada tapi tapi. Umi tak kira alasan apapun Fisha nak bagi,bagilah. Sejuta alasan pun umi sanggup dengar tapi Fisha kena juga teman umi beli-belah hari ni. Datin Maisarah cuba menyembunyikan senyumannya saat dia melihat Fahisha sudah menarik muncungnya tanda protes. “Yelah,umi menang. Umi nak pergi shopping bila?”,Fahisha cuba mengendurkan rajuknya. “Sekarang”. Terpinga Fahisha mendenagr jawapan ibunya. “Jom kita pergi sekarang. Pak Mat dah ready kat luar.” Datin Maisarah menarik lengan anaknya yang masih terpinga-pinga.

# # # # # #

MID VALLEY MEGAMALL(4.30 PM,22 OKTOBER 2007)
Fahim menjinjit beg-beg barang yang dibeli ibunya. Dia membuntuti ibunya dari satu butik ke butik yang lain. Itulah rutinnya semenjak balik ke Malaysia. Sedang asyik dia memberi pendapat terhadap baju yang dipilih ibunya, matanya terpaku pada seseorang yang seperti dikenalinya. “Boy! Dengar tak mama tanya ni? Boy pandang siapa tu?” Puan Mila menepuk lembut bahu Fahim dan matanya melilau mencari kelibat siapa gerangan yang diperhatikan oleh anak terunanya itu. Fahim menghadiahkan sekuntum senyuman buat ibunya. Dia memeluk bahu ibunya dan menariknya ke suatu sudut yang menmpatkan baju-baju kebaya. Niat hatinya sengaja ingin mengambil suatu sudut yang berdekatan dengan gerangan yang menarik perhatiannya. “Ma,Fahim ingat mama pakai baju kebayalah pulak. Mama asyik beli blouse je, sesekali mama pakai baju kebaya mesti cantik. Cuba mama try baju ni.” Fahim menghulurkan sepasang kebaya labuh berwarna hijau lumat dan berlabuci hitam kepada ibunya. Matanya mencari kelibat gadis itu. Namun hampa. “ Ma, try dulu baju ni. Boy nak keluar sekejap.” Puan Mila menyambut kebaya yang dihulurkan Fahim sambil dahinya berkerut-kerut. “ Apalah yang difikirkan budak ni. Tiba-tiba aje suruh mama pakai baju kebaya.” Fahim hanya tersenyum mendengar ulahan ibunya. Setelah ibunya masuk ke fitting room, dia terus melangkah keluar dari butik itu ....
to be continue..

Friday, February 27, 2009

cerita zaman sekarang..

manusia boleh berubah. kadang2 kita selalu fikir paling sempurna orang laen sumer salah. tapi kiter silap,kita xpernah sempurna. banyak juga kesilapan kiter. aku risau mengenangkan keadaan di sekeliling. ramai yang berpecah- belah. sahabat-sahabat yang aku sayang pun sudah mula abaikan aku. lupa janji bahawa satu ketika nanti kiter akan always keep in touch.. aku sorang yang ingat sumer tu..sedih nyer bila ingat balik.semoga allah bagi kekuatan untuk aku tempuh
sumer dugaan ini..