Sunday, May 15, 2011

selamat hari guru...^_^.. saje wish awl...

salam...
lama da tak jenguk blog ni.. da berhabuk??? sikit- sikit la. Tiba-tiba teringat, apa ekh sebab aku start menulis kat blog ni. Engat- engat balik.. rupenye sebab tyme tu ramai sangat kawan yang berblogging( betul ker?? macam salah jek perkataan ni.. hikhik.. abaikan :P), pastu saje jela gatal-gatal nak try jugak.. tapi macam x berapa aktif la nak menulis.. yela.. x tau nak tulis pasal apa kan.. last-last blog ni jadi tempat untuk luahkan perasaan jela.. syiok jugak.. yela.. x ramai pun yang tau kewujudan blog ni pun..okieh.. stop setakat itu mengarut,,hikhik.. :)..

okieh.. disini saya ingin mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru yang ada kat bumi allah ni.. tapi teristimewa untuk ibu n ayah saya yang juga dua-dua guru..(ececeh.. da macam ucapan hari raya la pulak..huhuk..) guru-guru yang pernah mendidik saya dari sekolah rendah, sekolah menengah, matrik, asasi, dan semua pensyarah2 dekat uitm.. semoga anda semua dimurahi dengan rezeki yang melimpah ruah dari allah, sentiasa diberkati dan diberkati allah sepanjang hidup, dikurniakan anak2 yang soleh dan solehah dan kepada yang sudah pergi semoga allah tempatkan mereka di syuga bersama para nabi dan para syuhada amin.. wahai guru-guru ku terima kasih ang tidak terhingga aku ucapkan kerana telah mendidik ku sehingga aku menjadi insan seperti hari ini.. bimbingan dan tunjuk ajarmu amat kuhargai, segala jerih payahmu mengajarku dari tidak mengenal satu huruf kepada mengenal erti kehidupan.. guru.. terima kasih.. terima kasih atas segalanya.. doa restu darimu ku pohon untuk keberkatan hidupku.. semoga dengan doa retu kalian aku akan menjadi insan yang berguna di dunia dan akhirat.. amin..

okieh.. abis sedey2. nak dedicate lagu ni untuk semua guru...
p/s: enjoy..ngeee ^_^

lilin seorang guru
Album : Impian Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


Pernah langkah ku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arah ku keliru
Ke timur atau ke barat

Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti

Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan

Ohoo… aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan, beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasih-Mu
Ampunkanlah guru-guruku

Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini

No comments:

Post a Comment