Tuesday, March 9, 2010

aku mahu mengarot sebentar.. tulisan yg x seberaper..

Malam ini aku sendiri melayan sepi. Sunyi malam membuatkan aku terasa begitu hiba mengenangkan aku masih kesorangan. Aku mebuang pandang kelangit. Indah sungguh ciptaan yang maha Esa. Namun hiba dan resah dihati lansung tidak berkurang. Mungkin ada yang pelik dan merasa aneh melihat aku berseorangan berbaring di tepi tasik. Mungkin ada yang mengatakan aku kurang siuman. Namun, apakan dayaku, aku bukan siapa-siapa. Aku tak punya kuasa untuk menutup mulut mereka. Malah, aku sudah lali dengan umpatan dan kejian dari manusia-manusia yang suka menjaga tepi kain orang lain. Status andartu yang kupegang membuatkan hidupku lansung tiddak sunyi dari kejian dan umpatan. Aku selalu menunjukkan muka bersahaja dihadapan semua orang tetapi derita di hati, hanya aku seorang yang menanggungnya. Bukan aku tak teringin berumah tangga seperti orang lain. Aku sangat teringin, tapi apakan daya, jodoh bukan terletak ditanganku. Ianya ketentuan dari yang maha Esa. Aku hanya mampu menunggu. Ramai yang berkata, jodoh tak akan sampai kalau aku sendiri tak berusaha mencari. Bukan aku tidak mencari, malah sudah berpuluh lelaki yang aku temui, semuanya tidak membawa ke arah yang positif. Paling lama bertahan hubungan aku hanya dua bulan. Ada juga yang sekali bertemu denganku terus menolak untuk bertemu kali berikutnya. Aku sudah letih mengejar lelaki. Bukan kerana aku membenci mereka, tapi aku letih kerana aku tahu mereka mencari kesempurnaan. Namun, aku sedar aku bukan wanita yang penuh dengan kesempurnaan. Malah kalau diikutkan, jauh sekali dari kesempurnaan. Aku dilahirkan dalam keluarga yang sederhana sebagai anak sulung. Sejak kecil aku dilatih mengenal erti tanggungjawab. Mengasuh adik, membantu ibu memasak, mengisi masa terluang dengan penuh bermanfaat. Sambil melipat kain boleh membasuh baju. Sambil menonton televisyen boleh melipat baju. Malah sambil menyapu sampah boleh menjerang air. Dua tiga kerja boleh dibuat dalam satu masa. Itu lah yang ibuku sering ajarkan padaku. Kami bukan keluarga yang begitu senang yang mampu untuk menggaji orang gaji sehingga empat lima orang. Semuanya ibuku perlu lakukan sendiri. Jadi untuk meringankan beban tugasan seharian nya aku diasuh untuk membantunya. Sejak kecil aku membantu ibu menjual kuih-muih sewaktu bulan ramadhan. Pada ku itu satu keseronokan kerana dapat berjumpa dan melihat gelagat begitu ramai manusia. Tapi aku tidak mengerti, ibu berbuat demikian untuk mencari duit lebih buat perbelanjaan menjelang raya. Untuk mencar duit lebih untuk memastikan kami mendapat raya yang terbaik dan sempurna seperti kanak-kanak yang lain. Sebab itu aku amat mementingkan keluarga selain kawan-kawan. Mungkin itu penyebab ramai lelaki takut untuk berhubungan dengan ku. Aku rela berhabis untuk adik-adikku. Tapi tak bermakna aku terlalu kedekut untuk mengeluarkan belanja bila keluar bersama mereka. Aduhai lelaki. Sesungguhnya aku lansung tak memahami kalian. Mungkin mereka takut aku tak dapat memberi tumpuan kepada rumah tangga dan mengutamakan mereka kelak. Tapi aku yakin, andai aku mempunyai suami kelak dia akan menjadi keutamaanku kerana aku sedar, syurgaku ada padanya. Ketaatanku padanya adalah jalan untukku kesyurga. Ataupun mungkin ada sikapku yang mengundang rasa tidak puas hati dan kurang senang kaum adam kepada ku. Aku penat mengerah otak. Mungkin sikapku agak tegas dan sedikit keras. Mungkin aku terlampau banyak mulut hingga mengundang rasa rimas ataupun mungkin sikap aku yang seperti suka mendesak. Mungkin itu sebab-sebabnya. Andai mereka tahu dilema andartu sepertiku yang begitu mengharap kehadiran seseorang untuk mengisi ruang hidup. Pasti mereka lebih mengerti tekanan yang dihadapi aku kala ini. Ramai hanya pandai mencemuh bukan mahu memahami. Semuanya hanya aku yang tanggung sendiri . Bukan tidak mahu berkongsi, tapi ramai yang sukar untuk memahami. Ramai yang meletak kesalahan atas bahuku. Apalah yang mampu aku lakukan andai fizikalku tidak memenuhi ciri-ciri yang diingini lelaki. Bukan aku pinta dilahirkan tidak begitu jelita. Tapi semua ini anugerah yang Allah berikan padaku. Aku bersyukur dengan segala kurniaanya padaku. Mungkin ini dugaanya padaku. Aku redha ya allah dan aku akan setia menanti jodoh dari-Mu. Aku masih tidak serik dan penat menunggu lelaki yang sudi menerima buruk baik aku dan sudi mencintai aku apa adanya. Andai tidak didunia, biarlah aku bertemunya di syurga.

No comments:

Post a Comment