Sunday, June 2, 2013

cur-curi cinta - siti rosmizah

Assalamualaikum semua..

Hope hari ini lebih indah dari hari semalam dan hari esok lagi baik dari hari ini. Amin.

Okey nak cerita siki pasal buku curi-curi cinta ni. Saya peminat kak Siti Rosmizah. huhu. sangat okeyh. Suka gaya tulisan die. Kalau nak dibandingkan dengan novel dia yang sebelum-sebelum nih. yang ni tak la da boom sangat. Tak cukup kuat nak buat air mata meleleh-leleh cam novel pertama dan ketiga beliau. Due-due novel tu kalau baca tak nages memang hati kering lah manusia tu.. hihik.. suka-suka hati je kan nak kata kat orang. tapi still novel ni ada kekuatannya sendiri. ceritanya amat dekat dengan realiti. walaupun mungkin akan ada yang cakap cerita ni macam klise sikit. It's depends on individual view. 

Enough merapu-rapan segala.

cerita ni mengisahkan tentang seorang gadis bernama Intan Raihana yang ada seorang abang yang tempang dan seorang ibu yang buta. Dia malu dengan keaadaan family dia dan dari kecil sampai zaman uni, dia mengaku dia anak orang kaya dekat kawan-kawan dia. Selepas dia balik dari luar negara dia terjumpa dengan Daniel sepupu kepada rakan serumahnya di luar negara, Peggy. Daniela ni handsome dan sangat kaya. Intan ni pulak dari dulu memang target nak kahwin dengan orang kaya sebab die serik dan benci hidup susah. Intan buat macam-macam cara nak goda Daniel. tapi Daniel ni kebal sebab perempuan gedik dan kaki kikis macam Intan bukan taste dia. Dia suka yang simple, sederhana, bertudung dan lembut macam sepupu Intan iaitu Fariza. Kerana geram Daniel tak layan godaan die, Die try guna cara kotor untuk perangkap Daniel kahwin dengan die. Tapi apa yang dirancang jadi sebaliknya dia dan Daniel pulak yang diperangkap. Akhirnya diaorang kahwin tapi Daniel layan Intan dengan sangat teruk. Dia bawak Intan hidup susah dengan kereta buruk dan rumah ala setinggan dsebab nak cuba ubah Intan. Nak tahu apa yang jadi seterusnya? Dapatkanlah novel ini dipasaran..

p/s: buku ini amat tebal okeyh.. memang lenguh tangan baca sambil baring. tapi puas hati sebab lama sikit bacanya. biasanya novel kan nipis. saya ni jenis suka baca novel tebal-tebal. puas baca..huhu.. ada part yang macam slow sikit. So, skip skip jugaklah coz nak cepat habis. dapatlah jugak habiskan dalam satu hari. 

No comments:

Post a Comment