Sunday, June 2, 2013

Mencari Dahan Berpaut..


            Bangun dari lenaku setelah subuh. Jam di telefon bimbit ku kerling. Nombor digitalnya memaparkan angka dua empat puluh lapan petang. Namun aku tiada rasa ingin bangun dan bangkit dari pembaringanku. Aku terus baring menghadap siling putih yang sudah sedikit kekuningan mengambarkan sudah lama tidak dicat baru. Hariku terasa kosong seperti hari sebelumnya. Kosong tanpa arah tujuan. Kosong tanpa matlamat hidup. Semangat yang aku punya dulu sudah lama tiada. Aku sudah tidak tahu apa yang aku inginkan dalam hidup. Aku cuba bangkitkan persoalan dalam diri yang amat kosong jiwanya ini, aku hidup untuk siapa. Aku hidup kerana apa dan kenapa aku hidup. Satu keluhan berat aku lepaskan seberat bebanan yang ada dijiwaku kala ini. Aku cuba merungkai kegelisahan jiwa yang melandaku saat ini. Masih gagal kerana hati ini masih tidak kuat. Ya jiwaku juga begitu. Aku bagai seorang anak kecil yang berjalan dalam lautan manusia yang sibuk mengejar matlamat dan tujuan hidup. Aku pula tiada itu semua. Aku bukan bermula kosong begini kerana aku juga punya harapan dan impian dahulu. Tapi kini sudah tidak seperti dahulu. Aku sudah tidak punya apa-apa sebab lagi untuk terus mengejar impian aku seperi dahulu. Kini ak manusia tanpaa impian dan tempat berpaut. Bagai pokok tiada akar bagai sungai tanpa dasar. Hidup namun tiada asasnya. Sekali angin datang, rebah menyembah bumi. Andai aku ada akar, pasti akan tumbuh kembali tunas yang baru. Kembali kuat menghadapi cabaran dan rintangan angin yang mendatang. Namun tanpa akar, aku masih disini menyembah bumi menunggu masa mereput. Begitu lemah tanpa sokongan. Nampak kuat, namun rapuh didalamnya. Nampak normal, namun sentiasa menangis dalam hati. Begitu seksa hidup tanpa sokongan. Aku tunjuk kuat kerana tiada seseorang pernah berkata kepadaku, “ Jangan terlalu banyak menangis, orang tak kesian pun tengok kau jatuh deorang tak simpati pun, diaorang bertepuk tangan adalah. Dalam hidup ni,  siapa yang Berjaya akan disanjung kalau yang tak tu orang tak pandang pun.” Benar itulah lumrah hidup sesiapa yang berjaya akan berada diatas, yang lemah dan tidak begitu menyerlah akan seperti ku berada dibawah. Terpaksa bersifat pentingkan diri jika mahu berjaya. Orang yang ada selalu mahu menajtuhkan kita. Siapa yang baik sebenarnya tidak diketahui. Ada, yang benar-benar baik. Namun amat sukar didapati. Akhirnya tinggal kesorangan meratapi kesedihan, kesorangan untuk menghadapi badai kehidupan. Begitulah hidup. Dulu, hari ini, semalam, dan akan datang, masih aku disini, mencari dahan aku berpaut, untuk bersama aku, membimbing aku, bersama melalui getir kejamnya kehidupan. Ya Allah, aku selalu lalai terhadapMu, namun aku tahu Kau tidak pernah meninggalkanku. Di saat aku lemah dan sudah tidak berdaya lagi menempuh hidup ini. Kau sentiasa ada, menjaga aku dalam diam. Masih menghadirkan rezeki buatku, masih member udara untukku bernafas, masih memberi hari esok untukku jalani. Walau perit dan susah sekalipun kau tidak pernah meninggalkanku. Hanya aku, hanya aku yang lalai. Masih berdegil enggan berpaut padaMu. Itulah aku, hambaMu yang hina dina, yang amat tidak layak dengan kasih sayangMu. Itulah aku, hamba yang sombong denganMu, sombong mah berpaut padaMu, masih mencari dahan berpaut yang lain, walau tanpa sedar selama ini aku sudah berpaut padaMu. Masih ada disini dengan belas ihsan dan kasih sayangmu. Malu aku Ya Allah. Sungguh aku malu padamu. Tempat berpaut yang selama ini kucari rupanya ada disisiku. Tidak pernah sekalipun meninggalkan ku. Hanya aku yang buta untuk melihatnya. Kerana aku lupa mengunakan mata hati yang selama ini aku biarkan kosong.



p/s :  I must be crazy tulis menda merapu nih. tapi dah bertaun tak hupdate pape.. rasa macam bukan setakat berhabuk tapi dah bersawang lawang nih.. rasanya kalau masuk nih tak jumpe jalan keluar nih. teruk sangat gayanya.. hikhik. A reminder to me  yang hidup tunggang langang due tiga menjak nih. Grrr.. hope akan sentiasa kuat, kuat n kuat mengahadapi hidup. lalalala..

No comments:

Post a Comment