Saturday, March 7, 2009

aku sedih dan keliru

apa erti sahabat baek pada anda? pada aku entah lah.. aku kosong lah bila orang tanya pasal neyh kt aku.. aku tak tau nak cakap per.. kita sendiri pun susah nak faham diri kita pe lagi orang lain kan? jujur aku cakap aku pun kadang-kadang tak tahu aper yang aku inginkan dalam hidup.. banyak yang aku ingin kan of coz la kan. p tak tahu la.. tadi aku baca la blog seseorag.. malas la nak mention saper,, aku terasa sangat.. p yelah kan.. biler pikir2 balik wat per la aku nak terase.. aku bukan selalu pon kat cc die.. ak hanya kawan biasa.. not a bestfwen... aku tak layak kot jadi kawan baik sesiape.. dan aku bersyukur begitu,, aku tak perlu sesiapa.. kerana tiada sesiapa yang perlu kan aku.. sedari wahai diriku yang agak tak betul.. huahua...tapi aku tak kesah.. aku ada mak ayah n adik2 yang aku sayang n mereka pon sayang sangat kat aku.. aku tak kesah jatuh tersungkur berapa kali pun.. aku bolei bangun.. kerana aku nak bangun.. aku tak kira.. aku tak nak tunggu orang untuk bangunkan aku.. aku dah penat.. dan aku tak mahu lagi..aku ad jugak kawan2 yang sudi nak pimpin tangan aku.. bawak aku balik ke jalan betul bila aku tersasar.. tapi pikir2 balik.. buat aper?? sampai bila aku nak harapkan diaorg.. dia org pn ada life yang nak d jaga.. diaorg pon da masalah sendiri.. so, aku sebagai diri ak sendiri lah yang hanya mampu membetulkan diri sendiri...aku pernah gagal.. aku pernah rasa hinaan orang pada aku.. pedih telinga aku dengar orang hina mak bapak aku... aku tak mahu n tak sudi lagi.. salah aku tapi aku tak puas ati bila mak bapak aku yang dibabitkan.. helo sumer orang yang mulutnya tak reti nak jaga..nasib baek lah aku tak tahu saper korang sumer..tapi Allah tahu.. cakaplah la lagi per yang korang nak cakap.. hina lah puas2.. aku tak kesah.. kenapa?? sebab Allah ada bersama aku.. jadi aku tak takut..dan aku yakin hanya pada-Nya aku bolei mengadu.. kerana hanya dia yang paham aku.. tidak diri aku sendiri.. da tidak sesiapa pown.. tak ada sesiapa pown!!..Allah bersama hambanya yang teraniaya.. dan sekarang aku teraniaya.. aku sedih.. dan tak siapa yang bolei pujuk aku sekarang ...hanya diri aku sendiri.. tidak ada sesiapa pon... aku tak pernah menyesal denagn takdir allah pada aku.. malah aku cukup bersyukur.. biarpun dari pandanagn luaran aku nampak cam biasa jer.. samer jer sengalnyer.. tapi sekurang-kurangnya.. dalam hati aku . aku still kuat.. kuat dan semakin kuat.. aku tak nak jadi keras hati...kerana aku takut aku suka pulak nanti bila tengok orang kena bunuh..gelak bila orang kene pukul.. itu macam da x siumanlah plak kan? aku nak jadi tabah.. kuat. sabar..biar nampak lemah dari luar.. tapi kuat didalamnya.. aku dah penat nak memuaskan hati manusia.. kerana apa?? kerana manusia memang susah untuk di fahami.. pelbagai ragam dan perangai yang sukar di jangka... kadang2 okeyh.. kadang2 x okeyh.. cam pelik jer.. bukan menghina.. kerana kadang2 aku pun macam 2.. tak ada orang yg sempurna.. dan x semua orang mampu ikut jer aper pun kemahuan kita.. kerana apa?? aku pun tak pasti.. mungkin mereka ada masalah mereka sendiri kan?? hanya mereka dan tuhan mereka yang tahu.. aku bukan manusia yang senang berubah.. tapi aku bolei berubah mengikut masa dan ketika.. aku senang berkawan dengan lelaki kerana mereka lebih terbuka.. tak bermakna aku tak suka kawan ngan perempuan.. tapi tah lah.. sikit2 terasa.. yelah aku pun pempuan aku pon macam tu jugak kan.. sebab tulah pempuan diciptakan untuk lelaki kan .. cuba bayang kalo pempuan kawin dengan pempuan..hisy.. nauzubillah.. asik gado jela jawabnya.. mahu bergempar satu dunia kalo gaduh kan.. hehe.. aku da stat ngarut da.. sebelum aku mengarut lebih jauh lebey baik aku stop...

p/s: aku sekadar meluahkan kesedihan yang bersarang dihati.. perkara yang berkenaan tidak ditujukan khas kepada sesiapa.. jika ad yang terguris perasaan maaf.. perkara yang di atas ditulis ketika sedang marah..jadi maaf jika ada yang terasa.

bismillahirramanirrahim...

Ya allah, ampunilah segala dosaku dan dosa kedua ibu bapa ku serta kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku sewaktu aku masih kecil. Ya Allah aku berlindung padaMu dari menyekutukan Engakau dengan sesuatu yang aku ketahui. dan aku memohon ampun dari menyekutukan mu dengan sesuatu yang kami tidak ketahui. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung padamu dari kekafiran dan kefakiran. Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari azab kubur; tiada tuhan selain Engkau. Ya Allah hidupkanlah aku denagn iman , dan matikanlah aku dengan iman dan masukkanlah aku dalam syurga bersama iman. Ya Allah, aku berlindung padamu dari rasa sdih dan gelisah dan aku berlindung padaMu dari sikap pengecut dan bakhil dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang. Ya Allah, aku memohon kepadaMu hidayah , perasaan takut dan belas kasihan serta kecukupan. Ya Allah kurniakanlah aku iman yang sempurna , hati yang khusyuk ilmu yang benar2 mantap , Ya Allah kurniakanlah kami (din) cara hidup yanng jitu dan unggul, selamat dari segala bahaya dan petaka. Kami memohon kecukupan yang tidak sampai kami meminta jasa orang lain . Ya Allah akhirkanlah kesudahan aku nanti dengan kesudahan yang baik dan janganlah Engkau akhirkan aku dengan kesudahan yang buruk. Ya Tuhan Kami, kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhkanlah kami dari azab api neraka. Selawat dan kesejahteraan ke atas baginda Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan sahabat-sahabatnya. Maha Suci Tuhan kami, Tuhan Yang Mempunyai Kebesaran daripada segala yang mereka sifatkan. Dan kesejahteraan untuk segala Rasul serta segala puji hanyalah untuk Allah , Tuhan Semesta Alam .

amiiin..

No comments:

Post a Comment