Saturday, March 7, 2009

underage jangan bacer.. hikhik.. sekadar nukilan dari hati..

gambar ini sekadar hiasan(hehe..)
Kedinginan malam bagai menampar-nampar pipi gebuku. Bayu malam menyentuh lembut daun pokok kelapa membuatkan ia kelihatan seperti melambai-lambai dan menari-nari keriangan. Deruan ombak yang memukul pantai sungguh mendamaikan. Namun bisakah jiwaku yang luka dan penuh calaran luka ini disembuhkan. Aku amat teringin merasai kehidupan di kampung halaman sendiri. Suasana kampung yang permai seperti di sini,penduduknya yang ramah dan bisa membantu tidak mengira orang luar ataupun tidak. Tetapi apakan daya, nasibku tidak seindah orang lain. Aku tidak mempunyai bapa dan ibu, apatah lagi saudara-mara. Ibu apa dosa anakmu ini sampai sanggup kau membuangku. Ah! Sudahlah mungkin kau ada sebab tersendiri. Ibu anakmu ini tidak pernah menyalahkanmu. Walau segunung kemarahan dalam hatiku ini untukmu,akan ku tarah ia agar segala kemarahanku padamu hilang. Sedalam mana pun rasa kecewa dan kesedihan kepadamu namun tidak dapat hatiku ini untuk membuang segunung rasa sayangku padamu. Ibu ,masih adakah peluang untukku menjaga da menyayangimu? Aku terbuang di dalam kehidupan ku sendiri. Baby mama rindu papa. Tapi papa tak sayang mama dah. Aku usap perutku yang masih kempis. Ibu dimana kamu? Anakmu ini sarat derita. Anakmu perlukan kamu disaat ini. Aku sudah tidak menangis lagi. Sudah kering kolam air mataku. Aku sudah penat menangis. Abang, Ayu rindu abang. Ayu perlukan abang. Maafkan Ayu.

## ##

Ayu tunduk merenung jarinya yang merah berinai. Detik pernikahannya makin hampir. Sedikit masa lagi dia akan sah menjadi isteri kepada seorang lelaki yang dia lansung tidak kenali. Setitis demi setitis mutiara jernih mula membasahi pipinya. “ Eh, Ayu cik abg kau da sampai.” Ayu cepat-cepat mengesat air matanya sambil cuba melemparkan senyuman semanis mungkin buat sahabat baiknya. “ Ayu awat hang nangis ?” Ayu cuba untuk menyembunyikan resah dan kesedihan yang singgah di hatinya. “ Mana ada, ni ada habuk masuk mata la.” Sahabat baiknya hanya mampu tersenyum. “Ayu, hang ingat hang habaq gitu kat aku, aku cayalah ya? Sudahlah ! Hang memang tak sayang kat aku lagi.” Ayu memandang sahabat baiknya yang sedang menarik muncung tanda merajuk. “Ala kau ni Ani, tak boleh lansung nak berahsia dengan kau . Tak da papelah. Aku Cuma takut kalau nanti suami aku tak bagi aku jumpa kau da. Sebab tu lah aku sedih..” Ani tersenyum mendengar penjelasan Ayu. “Tulah hang nak kahwin main rembat je. Tak siasat betul-betul. Jumpa pun tak pernah. Tengok gambaq terus setuju. Pelik betui la hang ni.” Ayu hanya mampu tergelak mendengar omelan Ani. “ Ala Ani, pelik-pelik pun kawan hang jugak.” Kata-kata Ayu disambut dengan ketawa oleh Ani. Bunyi kompang mematikan ketawa dua sahabat itu. Ani menjenguk ke luar tingkap. “Ayu, meh sini .Cepat lah...” “ Kenapa Ani?” Ayu bertanya kehairanan. “ Tu tengok tu.. Nampak tak cik abang ko. Hensem jugak ek.” Ayu hanya mengeleng mendengar ulahan Ani.“ Jangan nak sekodeng lebih-lebih ek...” Ayu mengusik Ani. Ani hanya ketawa mendengar amaran yang berupa gurauan dari sahabatnya yang tersenyum manis menampakkan lesung pipit di kedua belah pipi gebunya. “ Ala kedekut la ko ney..Time ni lah aku nak sekodeng die puas-puas. Nanti dah jadi suami ko tak boleh da aku nak sekodeng. Karang tak pasal-pasal gigi aku patah kau belasah. Eii.. takut aku” ,Ani menunjukkan mimik muka takutnya siap dengan gayanya sekali. Melihat rupa takut yang dibuat-buat Ani Ayu ketawa kesenangan. Ani pun turut tersenyum melihat sahabat kesayangannya itu kembali gembira. Ketawa mereka terhenti apabila mak andam masuk dan membebel-bebel kepada Ayu. Kononnye pengantin tak boleh beria-ria sangat suka. Membawa maksud tak baik katanya. Ani dan aku hanya mengaru kepala mendengar bebelan mak andam yang hanya ku gelar Cik Yah. Macam-macam orang tua ni kan nada jer pantang larangnya. Nak gelak kuat-kuat karang takut kena bebel lagi. Tak pasal-pasal buat rosak mood aje. Setelah menghantar mak andam yang kepoh itu keluar dengan lirik mata. Pandangan mata Ayu bertmbung dengan Ani. “ Weyh, cantik tak aku?”, Ayu bertanya sambil berpusing di hadapan Ani. Ani memandang Ayu dari atas ke bawah. Dalam hatinya dia memuji sahabatnya itu. Tiada cacat-cela yang dapat dilihat pada sahabatnya itu. Manisnya, ayunya, lembutnya dan sifat keibuannya cukup teserlah. Sesungguhnya sesiapa yang memiliki Ayu Batrisya Nabila cukup bertuah. Namun saat ini dia masih mahu bergurau dengan sahabatnya ini. “ Ermm.. baju okey. Hijau pucuk pisang neyh sesuai dengan kulit putih kau ni. Tapi...make up ko comot la! Tadi kan ko nangis, pastu maskara dah cair la.”, Ani sudah ketawa dalam hati melihat kekabutan sahabatnya itu. Menjerit Ayu memanggil mak andam. Terkocoh-kocoh wanita itu masuk ke dalam bilik. Ketawa bergema dalam bilik pengantin pabila Ayu menyedari dirinya ditipu. Ah! Malunya. Ani meminta diri kerana ingin berbual dengan rakan-rakan yang lain yang hadir. Rasa sayu mula bertandang di tangkai hati Ayu saat dirinya ditinggalkan sendirian. Matanya meratah segenap pelusuk bilik yang di hias indah mengikut warna kesukaaan bakal suaminya, hijau. Hati mula berkata-kata sendirian mengira-ngira tindakannya bersetuju untuk mengahwini lelaki yang lansung tidak dikenali. “ Ya Allah, apakah tindakan aku ini betul? Jika betul tidakan ku ini kau lorongkan hatiku untuk mengasihi dan menyayanginya, jika tidak betul tindakan ku ini kau tujukkan jalan yang sebaiknya buat aku. Amiin” , lembut suaranya merayu memohon pertolongan Yang Maha Esa. Ayu merenung jarinya yang merah berinai. Sayup kedengaran lafaz nikah yang dilafazkan bakal suaminya dan disambut sah oleh para saksi. Tubuhnya menggigil saat ini. Perasaan sebak dan gembira bercampur baur. Seakan tidak percaya yang dia sudah menjadi milik seseorang. “Alhamdulillah,” Hanya lafaz itu yang mampu diluahkan. Segala perkataan lain bagai tersekat di kerongkong. Usikan rakan-rakannya hanya ibarat angin yang menghembus menampar ditelinga. Seluruh konsentrasinya bagai sudah diragut. Hatinya berdegup kencang seiring dengan derap kaki yang melangkah masuk kebiliknya. Ayu merasa cukup gementar sehingga lansung tidak menyedari suaminya sudah melutut dihadapannya. Lamunannya terhenti saat tangannya yang sejuk dicapai oleh tangan yang hangat milik suaminya. Salam dihulur suaminya dan disambut lemah oleh Ayu. Ayu lansung tidak mengangkat muka untuk melihat suaminya. Cincin emas putih bertatahkan berlian disarung ke jari manisnya. Ayu menyarung cincin yang hampir sama rekaan dengan cincinnya ke jari manis suaminya. Air hangat yang ditahan sedari tadi mengalir jua saat dihadiahkan kucupan hangat yang pertama didahi. Ah! Malunya. Mukanya yang putih melepak merah disimbah darah. Hatinya mengalun syukur. Semua berjalan dengan lancar.

## ## ##

Hari beransur petang, tetamu sudah ramai yang pulang tetapi suasana masih riuh-rendah dengan gelak-tawa saudara-mara dan adik-beradik ibu angkatnya. Ayu yang keletihan mengatur langkah longlai kebiliknya. Baju pengantin sudah ditukar selepas majlis persandingan tadi. Dia membuka pin tudung cream yang dipakainya, lantas membuka ikatan rambut. Seharian bertudung, rambutnya terasa lemas. Leganya. Ujar hati kecilnya sambil kepala dipusing kekiri dan kekanan beberapa kali untuk meredakan kepenatan yang menjalar diri. Kurung biru yang dipakainya dilurut perlahan. Dicapai tuala yang disidai di tempat khas untuk menutup tubunya yang tidak dilitupi seurat benang pun. Sesekali matanya menjeling ke arah pintu, bimbang suaminya masuk. Malu memikirkan suaminya melihat dirinya dalam keadaan begini. Sempat juga Ayu berangan melayan perasaan mengimbau layanan suaminya sebentar tadi. Sungguh lembut dan mesra. Bagai aku dan dia sudah lama bercinta. Senyuman kecil terukir di bibir merahnya. Saat fikiran melayang entah kemana, dia lansung tidak menyedari sedari tadi sepasang mata sudah merenungnya tanpa berkelip. Hafidz terpaku pabila melihat Ayu dalam keadaan yang boleh meruntuhkan batas keimanan. Hafidz yang masih bersandar di muka pintu berdehem perlahan. Perlahan, tapi cukup untuk mengembalikan Ayu ke alam realiti. Ayu baru menyedari kehadiran lelaki itu terjerit kecil. Pantas sahaja kakinya belari menuju ke bilik air. Hafidz ketawa kecil melihat sifat keanakan yang ditujukkan Ayu. Sedang Hafidz menukar baju dan menunggu giliran membersihkan diri, terdengar bunyi seperti ada sesuatu yang jatuh dari arah bilik air disertai dengan bunyi “Aduh”. Panjang langkah diatur kearah pintu bilik air. “Are you okey? You jatuh ke?” , Hafidz melemparkan pertanyaan buat si isteri. “ Aah, tapi okey. Jangan masuk tau!”. Hafidz yang kerisauan lansung tidak mempedulikan amaran isterinya pantas meluru masuk kedalam bilik air. Ayu terkejut , malah Hafidz juga terkejut melihat Ayu yang terlentang di atas lantai dengan keadaan yang cukup bahaya(ney paham2 sediri keyh). Ayu berusaha untuk bangun. Tapi tidak berjaya kerana kepalanya terlampau sakit.Pandangannya sedikit berpinar. Pantas Hafidz mencapai tuala yang bergantung di sudut bilik air lantas membalut tubuh Ayu yang sudah menggigil kesejukan. Hafidz mencempung Ayu kekatil. Namun Hafidz lansung tidak menghalakan pandangan kehadapan. Matanya merenung nakal kearah Ayu. Terasa panas mukanya disimbahi darah. Malu! Sedikit pun pandangannya tidak diangkat. Ah! Tak mampu melawan sinar mata jejaka itu. Tiba-tiba... ‘Fuh nasib baik jatuh atas katil . Kalau tak mahu patah tangan dia. Itulah gatal sangat tak pandang depan. Sibuk jer tengok-tengok orang.’ Gerutu Ayu di dalam hati. Masing-masing terpana dikedudukan itu untuk beberapa saat. Ayu mula sedar saat tubuhnya sakit ditindih tubuh sasa Hafidz. Ayu menolak lembut tubuh jejaka itu jauh darinya. “Opss.. Sorry, tersepat kasut awak.”, Hafidz menerangkan sambil mengangkat salah satu dari sepasang kasut Ayu yang bersepah. ‘Alah kenapalah aku pergi sepah kan kasut tu dekat situ. Kan sengaja aja cari nahas.’ Hatinya mengerutu lagi memarahi diri sendiri. Ayu membetulkan sedikit kain tuala yang hampir terlondeh. Panas mukanya mengenangkan apa yang berlaku sebentar tadi. “ I pergi mandi dulu ya? You nak mandi sekali?” Tanya Hafidz sambal mengenyitkan sebelah matanya. Ayu tertunduk malu mendengar soalan entah apa-apa yang keluar dari mulut suaminya itu. Dia hanya menggeleng untuk menjawab persoalan itu. Kepalanya yang berdenyut memaksa matanya untuk terpejam. Apa yang berlaku selepas itu dia lansung tidak sedar.
## ## ##

“ Aik! Bila pulak aku pakai baju tidur ni?”, kepalanya ligat berputar mengingati peristiwa semalam. Senyuman menguntum dibibirnya. Romantiknya dia. Munkin Hafidz yang pakaikan baju tidur ni. Hatinya berbunga riang. Dikerling jam di sisi katil. Hah! Dah pukul 8 pagi. Jeritnya didalam hati. Ya Allah ampuni hambamu yang lalai ini. Habis semua waktu aku langgar. Sakit dikepala sudah berkurangan, cuma badan terasa leguh kerana tidur terlalu lama. Ayu melihat sekeliling bilik. Tidak kelihatan kelibat suaminya itu. Manalah die pergi? Munkin tolong kemas apa yang patut kot. Mandi dululah baru turun. Bawa baju sekalilah. Eiyy.. malunya ingat perkara semalam. Serik! Taubat sudah . “Hehehe..”. Ayu ketawa sendirian. Leganya dapat mandi. Badan terasa sangat melekit. Semalam nak mandi jatuh lah pulak. Ayu mengeringkan rambutnya yang basah. Tiba-tiba dia merasa sepasang tangan melingkar dipinggangnya. Berdegup kencang jantungnya saat itu. Terkejut sangat! Namun indahnya rasa dipeluk begitu. Rasa selamat dan dilindungi. Mata dipejam rapat untuk menghayati pelukan hangat itu. “Wanginya rambut Ayu, Ayu pakai syampu apa ni?” lembut suara itu menampar telinga. Desah nafasnya membuatkan nafas terasa tersekat. Tapi.. suara itu. Tak munkin! Ayu merungkai pelukan terlebut dengan kasar. Terkejut bukan kepalang melihat lelaki yang tersenyum di hadapannya. “Amran! Apa yang you buat dekat dalam bilik I? Baik you keluar sekarang! I tak mahu husband I nampak kita berdua dalam bilik ni.” Ayu sedikit terjerit. Namun dia masih cuba mengawal suaranya. Takut orang lain mengetahui perkara yang tidak sepatutnya ini. “Takut? Kenapa pulak nak takut husband you tahu. Ayu I love u. Please. I will die without you. Takkan you nak buang I macam tu je? You pun cintakan I. Kenapa u kahwin dengan dia? Sebab harta dia kan? Sebab dia kaya I pula miskin kan?”, bertubi-tubi soalan yang diajukan Amran. Setiap soalan bagai menikam tangkai hatinya. Namun lelaki ini perlu keluar sekarang. Dia tak mahu hubungan yang sudah menjadi sejarah menghancurkan ikatan suci yang baru termenterai ini. “ Ya! Betul. So, sekarang you dah dapat jawapan kan? Sekarang keluar!” Ayu sedikit bertempik sambil tangannya menunding kearah pintu. Air mata yang ditahan sejak tadi gugur jua. Maaf Amran. Aku milik orang lain. Tak munkin menjadi milik kau.Walau aku tidak kahwin dengan Hafidz, aku tetep tidak akan menikahimu. Aku tak mampu melukakan hati Maya. Maya sudah seperti kakak kandungku. Yang tidak pernah berkira dari segi wang ringgit mahupun kasih sayang. Betapa tulusnya hatinya menyayangi aku hanya Allah yang dapat membalasnya. Saat aku rebah dan sedih saat dilukai insan bernama lelaki dia sentiasa memberi sokongan. Siapakah lelaki yang melukai aku? Semestinya engkau. Engkau yang tak pernah menghargai setiap lembaran kasih sayang yang aku hamparkan buat kau. Bukan sekali Amran, berkali-kali. Sampai ada satu saat aku rasa seperti hinanya aku di sisimu. Saat yang paling sakit buatku sehingga aku makin sasau kerana kehilangan ialah apabila kau tinggalkan aku secara tiba-tiba menghilang tanpa berita. Kau buat aku seperti tunggul kayu. Aku bersyukur Maya dan ahli keluarga angkat tak pernah tahu siapa kekasih yang membuat aku putus harapan untuk hidup suatu masa dulu. Aku tak mahu Maya rasa apa yang aku penah rasa. Tapi apakan daya, aku tak mampu berkata-apa apabila melihat matanya penuh dengan sinar cinta dan harapan terhadap kau. Saat aku mula mengetahui kau lah insan yang dicintai Maya, aku buang segala rasa cinta aku pada kau. Sakit dan siksanya tuhan sahaja yang tahu. Tapi aku rela, kerana aku sangat sayangkan Maya lebih dari aku sayangkan diri aku. Saat ini, seluruh hati, perasaan dan diriku telah aku serah kepada suamiku dari saat aku sah menjadi isterinya. Munkin saat ini aku belum sayang dan cintakannya, tapi isteri adalah milik suami. Aku tak mahu menanggung dosa yang begitu berat dengan membelakangkan hak nya. Bantal sudah lejun dengan air mataku. Terasa usapan lembut di ubun-ubunku. “You kenapa nangis ni? You sakit lagi ke? Kalau sakit , jom kita pergi hospital nak?” lembutnya suara dia menampar kuping telingaku. Maafkan aku suamiku, aku menangis untuk lelaki lain. Aku berdosa padamu. Aku menggeleng lemah. Lantas dirinya ku peluk. “ Maafkan Ayu,” hanya itu yang mampuku luahkan. Dia hanya membalas pelukan ku sambil tersenyum.


to be continue..


mati idea larrr.. nantilah sambung.. hehe.. nak sambung wat kjer plak..hikhik..

bestnyer mengarut.. raser tenang plak..hehe..mengantoknyerlarr..huargghh..


No comments:

Post a Comment